MyLittleCloset.com - Rantai nama (name necklace), personalized necklace, personalized ring, and bracelet too!

Happy Mother's Day

Everyday is a Mother's Day!!!

Perfect mother's day gift



Still looking for the perfect gift this mother's day? Drop by www.mylittlecloset.com for their name necklace collection, designed in line with coming mother's day. This new name necklace is designed with beautiful laces with the word MOM written in it in monogram style. 

This name necklace can be written with any name, with 2-3 alphabets for the best effect. Therfore, this design is suitable for those with short name (NUR, ANA, AYU etc) and also perfect if you only want to personalize your name initial - in a stylish way.

Each of this monogram name necklace is handmade and cut out from Sterling silver sheet and finish with sparkling high polish finish. Free sterling silver chain included.

Throughout April, this name necklace is offered at a special discounted price of RM129.90 (NP RM159.90). So, don't miss out to give your mom the perfect mother's gift. Make sure to order early as it takes lots of handskill to produce each piece for the special person who means the world to you!

Jewelry Giveaway secara rasminya ditutup

Berakhirnya tahun 2010 hari ini bermakna berakhir jugalah jewelry giveaway anjuran MLC Jewels. Sepanjang bulan Disember 2010, berlainan hadiah disediakan setiap minggu untuk pemenang bertuah. Hadiah2 yang disediakan adalah seperti berikut:


Week 1: Sterling silver sparkling snowflake pendant with 18" box chain worth USD$18.36
Week 2: Tail me butterfly pendant with box chain and matching earring worth USD$26.40
Week 3: Vermeil flower pendant with 18" box chain and vermeil earring worth USD$30.83
Week 4: Sterling silver pearl drop pendant with 18" box chain and matching bracelet worth USD$41.79

Dan berikut adalah pemenang2 bertuah:

Week 1: Faznyzah Wahid
http://kembaramusafirhina.blogspot.com/2010/11/jewelry-giveaway.html

Week 2: Joslyn  
http://adeng104.blogspot.com/2010/11/twist-from-d-norm.html
Week3: Sumpit Kamal

http://sumpit2u.blogspot.com/2010/12/mlc-jewelsjewelery-ga.html
Week4: Mama Zharfan

http://suzie284contest.blogspot.com/2010/12/jewelry-giveaway-by-mlc-jewels.html

Tahniah kepada para pemenang...

Selamat tahun baru 2011!

Hak anak-anak yang perlu ditunaikan


Seringkali kita memperkatakan tentang apa yang perlu kita lakukan sebagai anak di dalam menunaikan kewajipan kita terhadap kedua2 ibu bapa kita. Tetapi, sebagai ibu dan bapa, apa pula hak-hak anak yg ada pada kita yg perlu kita tunaikan?

Ketika membaca majalah Anis keluaran Oktober 2010, 6 hak anak yang perlu diberikan oleh ibu bapa ada dibincangkan. Berikut adalah hak-hak mereka yang telah digariskan.

  • Mencontohi pendidikan Allah dan Rasul
Sabda Nabi Muhammad s.a.w, "Setiap anak yang lahir itu adalah dalam keadaan fitrah (Islam; suci bersih). Maka ibu bapanyalah yang bertindak menjadikan ia Tahudi atau Nasrani atau Majusi." Maka, untuk memelihara fitrah itu maka anak itu hendaklah disirami ajaran Kitabullah dan sunnah, satu-satunya pendidikan yang terjamin mampu menyelesaikan masalah manusia.
  •  Keadilan
Ibu bapa perlu berlaku adil di antara anak-anak mereka. Keadilan dalam mendidik anak sememangnya dituntut oleh Islam. Sabda Nabi s.a.w "Bertakwalah kamu kepada Allah dan berlaku adillah di antara anak-anak kamu." (riwayat Muslim).
Di dalam sabda baginda yang lain pula, Nabi Muhammad s.a.w bersabda "Berbuat adillah di antara mereka (anak lelaki dan perempuan)." (riwayat Bazzar daripada Annas r.a)
  • Memberi dan meperlihatkan kasih sayang
Seorang Arab Badwi menanyai Rasul s.a.w "Apakah engkau menciumi mereka (anak-anak), (sedangkan) kamitidak pernah bernuat demikian (kepada anak-anak kami)." Nabi s.a.w pun bersabda "Apakah engkau tidak takut nanti Allah akan mencabut perasaan kasih sayang dari hatimu?" 9riwayat Imam Bukhari daripada Sayidatina Aisyah r.a).
  • Menyediakan benteng ketahanan dan ilmu
Ibu bapa perlu menyediakan benteng ketahanan dan ilmu supaya anak-anak mampu mengahadapi cabaran hidup dan sejahtera dunia dan akhirat. Saiyidina Umar al-Khattab r.a pernah berkata "Sesungguhnya anak-anak kamu itu dijadikan untuk generasi lain daripada generasi kamu, dan dijadikan mereka untuk menghadapi zaman yang lain dari zaman yang kamu hadapi sekarang ini."
  • Menyediakan role model
Anak-anak sesungguhnya lebih senang mempelajari dari apa yang dilihat dari apa yang diberitahu. Jadi, untuk menjadi pendidik dan ibu bapa yang berjaya, kita perlu menunjukkan contoh dan tauladan yang baik kepada anak-anak sendiri.
  • Berjiwa murabbi (pendidik)
Sabda Nabi Muhammad s.a.w "Semoga Allah memberikan kasih-sayang kepada orang tua yang mendidik anaknya untuk berbakti kepada dirinya." (riwayat Abu asy-Syeikh)

Walaupun garis panduan ini boleh dikatakan sesuatu yang common sense, soalnya adakah kita sebagai ibu bapa telah melaksanakan hak-hak anak-anak kita seperti yang dituntut? Semoga kita menjadi ibu bapa yang berjaya mendidik anak-anak untuk kesejahteraan mereka dunia dan akhirat. Amin.

My Creed

To learn how to live for today,
To understand that I should accept the things beyond my control, and not take everything so seriously.
To hold on to courage and hope, and not let doubt discourage me from doing anything I aspire to do.
To remember that the world needs the sunshine of as many smiles as it can get - and do my part.
To build bridges instead as walls.
To see the best in others, to acknowledge their inner beauty with my outer appreciation.
To remember that without friends and loved ones, my world would be nothing; to be thankful that with them, it is everything.
To realize that there is an entire lifetime ahead of me, but precious little time to be wasted.
To work for my goals, and know that they can be achieved; and to reach for dreams with ability, determination and belief;
And finally to know , in the end, that life will be good to me... if I can do my best to me good to life.

- Laine Parsons

Kenapa saya tak ke sekolah





(click on the picture utk baca karangan ni)

Came across this funny alasan oleh budak sekolah... kenapa dia tak ke sekolah. Haha... tak dpt tahan ketawa. Not sure berapa umur budak yg tulis ni, tapi dari cara tulisannya, rasanya budak ni budak sekolah rendah.

Budak2 sekarang memangla kreatifnya. Tak taula apa perasaan cikgu yang baca surat ni. Meh berkongsi idea kreatif ni.... hahaha....

Petua Tidur Si Kecil yang Lena

Assalamualaikum,

Memang dah lama saya mencari topik macamana nak tolong anak tidur ni. Sebabnya? Memangla anak2 gadisku yang dua orang ni susah sangat tidur. Yang nombor dua takla susah sgt sebenarnya, tapi yang sulong tu... aduhai.... nak menangis suruh dia tidur, baik tidur petang atau tidur malam.

Tak kisahla petang main mcm mana pun, ingat dia dah penat, tapi bila sampai malam... still susah jugak tidur. Tutup lampu, tutup tv... dia masih tak tidur, terkebil2 sorang2. Last2 maknya la yg tertidur dulu. 

Pagi ni, terjumpa petua tidur ni kat forum ratuhati.com... jadi terfikir boleh berkongsi bersama. Mana2 yg boleh dipraktikkan, bolehla dicuba nanti. Cuma, mmm tak taula tapi rasanya bahagian yg kata rutin tidur anak patut bermula pukul 6.30 ke 7.30 malam tu rasanya mungkin tak dituruti oleh kebanyakan anak2 kat Malaysia kot (atau anak saya je yg tak tidur awal mcm tu? Ntahla). Kepada ibu bapa yang ada petua2 tersendiri, sudilah kiranya tinggalkan comment anda, boleh sama2 kita berkongsi. 

Apakah petua untuk menidurkan si kecil dan mengelakkannya daripada kerap terjaga atau mendapat mimpi ngeri? KANAK-KANAK yang tidak memperoleh tidur yang mencukupi lebih cenderung menjadi terlalu letih sepanjang hari dan kerap mengantuk. Dalam sesetengah kes, mereka juga kerap menukar lokasi tidur pada waktu malam atau mempunyai lebih banyak masalah tidur. Berikut petua untuk menidurkan anak.

  • Pastikan anak memperoleh tidur yang mencukupi
    Berdasarkan Yayasan Tidur Kebangsaan Kanada, setiap bayi memerlukan 14 hingga 15 jam untuk tidur pada setiap hari. Kanak-kanak pula memerlukan tidur selama 12 hingga 14 jam sehari manakala pelajar pra-sekolah memerlukan 11 hingga 13 jam sehari bagi membolehkan tubuh mereka berfungsi dengan baik.
  • Tidurkan waktu dia mengantuk
Sebaik-baiknya rutin tidur bayi anda patut bertahan selama 30 hingga 60 minit bagi setiap kali tidur manakala bagi kanak-kanak yang sudah memasuki alam persekolahan pula, rutinnya adalah di antara 20 hingga 30 minit.
  • Cahaya mentari sebagai loceng
    Cahaya mentari memainkan peranan yang penting untuk membetulkan pola harian tidur si anak. Pendedahan anak kepada sinar matahari sebaik sahaja dia terjaga dari tidur boleh memberinya petanda semulajadi bahawa hari sudah siang.
  • Persekitaran tidur selesa
    Ini bermakna persekitaran tidur yang baik adalah dingin, gelap, senyap dan selesa. Pastikan juga si kecil tidur di atas tilam yang selesa dan memakai baju tidur yang tidak menganggunya sepanjang waktu tidur.
  • Persekitaran yang selamat
    Periksa bilik tidur anak terlebih dahulu dan pastikan bilik tidurnya bebas daripada barangan yang bersepah sehingga menganggu keselesaan untuk tidur.
  • Ajar anak cara tidurkan dirinya
    Teruskan mendidik anak tentang kepentingan mempunyai rutin tidur yang menenangkan. Berikan juga tumpuan kepada kesan berkaitan tidur yang mungkin mempengaruhi tabiat tidur anak anda. Galakkan anak belajar menenangkan diri sekiranya terjaga pada waktu tengah malam. Kira-kira satu pertiga daripada kanak-kanak yang sudah bersekolah masih memerlukan bantuan ibu bapa untuk kembali kepada tidur setelah terjaga.
  • Tetapkan rutin tidur
    Waktu tidur untuk si kecil atau kanak-kanak yang sudah memasuki alam persekolahan sepatutnya bermula antara pukul 6.30 petang hingga 7.30 malam. Namun, dalam sesetengah kes istimewa seperti jika terdapat majlis khas, elakkan daripada membiarkan anak tidur lewat terlalu kerap. Ini bagi mengelakkan pola aktiviti harian mereka terjejas.
  • Jangan abaikan tidur petang
    Apabila anak anda tidak lagi mengamalkan tabiat tidur petang, anda boleh menggalakkannya menggantikan tabiat tersebut dengan masa untuk bersantai. Dengan ini, masa santai itu bukan sahaja memanfaatkan si anak malahan anda berdua.
  • Makanan yang betul
    Jika anda menghidangkan makanan berkarbohidrat kompleks bersama protein, anda sebenarnya memberi anak anda snek yang dibekalkan dengan 'kuasa' berpanjangan. Ini akan mengelakkannya daripada terjaga pada bila-bila masa. Berbeza dengan makanan kaya protein atau gula, tenaga yang diperoleh daripada makanan-makanan ini akan menyukarkan rutin tidurnya daripada berjalan lancar. Seperkara yang perlu diingati ialah perhatikan waktu pengambilan hidangan berat agar tidak terlalu dekat dengan waktu tidur.
  • Aktiviti fizikal penggalak tidur
    Wujudkan peluang untuk anak anda melakukan aktiviti fizikal pada siang hari agar dia dapat tidur lena pada sebelah malam. Berikan peluang kepada bayi anda untuk melakukan sedikit senaman ringan di atas lantai, misalnya merangkak.
  • Gangguan teknologi
    Gajet seperti komputer mahupun televisyen boleh menganggu ketenteraman sebelum masuk tidur. Jadi, elakkan anak-anak terlalu terpengaruh kepada aktiviti gajet.
Dipetik daripada buku Sleep Solutions For Your Baby, Toddler and Preschooler oleh Ann Douglas.

Sumber: komuniti_oku @ googlegroups